Penangkapan pemberi maklumat Fang Bin

Pada Februari 2020, 3 wartawan rakyat dan pemberi maklumat ditahan, mereka kemudiannya hilang di Wuhan, tiga individu tersebut adalah Chen Qiushi, Fang Bin dan Li Zehua.

Chen Qiushi, seorang peguam yang tiba di Wuhan pada 23 Januari, hilang pertama kali pada 6 Februari; satu minggu sebelumnya, dia telah memuat naik video yang mengkritik manipulasi maklumat pemerintah China yang diakhiri dengan kalimat "Aku tak takut mati! Kamu fikir aku takut dengan parti komunis kamu?".[3][4]

Dua hari sebelum penangkapan Chen Qiushi, pada 4 Februari, polis datang dua kali ke apartmen Fang Bin. Beliau merakamkan detik kejadian dan enggan membiarkan mereka masuk tanpa waran, bimbang mereka datang untuk menangkapnya (Fang mengira sekurang-kurangnya empat pegawai yang melawatnya ketika itu).[3] Fang terus membuat video dari apartmennya pada hari-hari berikutnya, mengkritik propaganda pemerintah dan pilihan mereka untuk menangkap Li Wenliang dan Chen Qiushi.[5]

Pada 9 Februari, dia mengeluarkan video terakhirnya: klip berdurasi 12 saat yang menunjukkan sehelai kertas dengan kalimat "bangkit seluruh rakyat, serahkan kuasa pemerintah kembali kepada rakyat" yang tertulis di atasnya. Fang dilaporkan hilang sejak peristiwa itu.[5][6]

Li Zehua, seorang wartawan rakyat lain, juga ditangkap pada bulan Februari[7] namun dibebaskan pada 28 Mac atau 22 April.[8]

Berkaitan